Bersatu semakin mengarut – Faiz
Bersatu semakin mengarut – Faiz
Bekas pemimpin Bersatu yang meninggalkan wadahnya itu pagi tadi berkata, tentangannya terhadap pemilihan calon untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) kali ini dibuat demi parti.
Menurut Muhammad Faiz Na’aman untuk berdepan dengan lawan, Bersatu-PN memilih individu yang sudah ditolak orang ramai termasuk di tempat mereka sendiri.
Justeru katanya Bersatu hanyalah bergantung kepada calon kitar semula dalam percaturan mereka mendepani PRN pada Sabtu ini sekali gus menempah kegagalan buat parti terbabit.
“Jadi, saya ini boleh dianggap lebih mementingkan kemenangan partilah.
“Kalau kita (Bersatu) letak calon yang dah kena reject (ditolak) kita sebenarnya bukan nak memenangkan parti, sebab beginilah percaturan yang membawa kekalahan seperti semasa PRN Melaka dan Johor sebelum ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Tambah bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu lagi keadaan adalah berbeza apabila dia dicalonkan untuk bertanding di Bagan Datuk pada PRU ke-15 tahun lalu.
Katanya, dia kalah – kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – di luar kawasannya sendiri.
Tanpa menyebut nama dipercayai kenyataan Faiz itu merujuk kepada beberapa tokoh yang sebelum ini merupakan pemimpin PKR yang menyertai Bersatu.
Letak calon bukan-bukan
Untuk rekod Bersatu meletakkan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding di kawasan Hulu Kelang. Ia sekali gus mencetuskan ura-ura bekas menteri itu akan menjadi calon menteri besar jika PN mengalahkan PH-BN Sabtu ini.
Selain itu beberapa watak yang terlibat dalam Langkah Sheraton juga diberi ruang bertanding, seperti Hilman Idham dan Afif Bahardin yang dilihat rapat dengan Azmin.
Faiz juga dilihat kurang senang dengan pencalonan Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun, yang diturunkan bertandin bagi mencabar PH di kerusi DUN Batu Tiga.
Azmin sebelum ini gagal mempertahankan kerusi parlimen Gombak, manakala Rina kalah dalam cubaannya memenangi kerusi parlimen Sepang.
“Tak puas hati sangat sebab kita tahu mereka ini telah ditolak oleh orang negeri mereka sendiri.
“Mereka ini bertanding dengan negeri mereka, tetapi mereka ini telah ditolak oleh orang negeri mereka sendiri, dekat tempat mereka sendiri pun telah ditolak.
“Bukan macam saya sebelum ini yang bertanding di Bagan Datuk,” katanya.
Menurut Faiz, kekalahan PN sebelum ini juga berpunca daripada kriteria calon yang dipertandingkan.
“Bersatu kalah selama ini sebab letak calon yang bukan-bukan. Itu faktor yang saya tengok lama dulu, kenapa dok ulang-ulang lagi?
“Tak ada kesedaran dari pihak parti sendiri,” katanya. Mk
Bersatu semakin mengarut – Faiz
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai