Pelaburan RM25 bilion di Kulim Hi-Tech usaha Kerajaan Persekutuan, Sanusi tak perlu ambil ‘kredit’
“Dia (Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor) boleh ‘claim’ (dakwa), tapi itu fitnah,” kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhubung naratif terbaharu dibawa pembangkang berhubung isu pelaburan RM25 bilion di Kulim, Kedah.
Fahmi berkata, semua pihak perlu memahami bahawa Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, kenyataan dibuat Muhammad Sanusi jelas satu fitnah dan ia harus diperbetulkan.
“Saya ingin jelaskan bahawa pelaburan RM25 bilion oleh firma Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) itu dibuat oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Dalam urusan tanah ia membabitkan kerajaan negeri tapi pelaburan yang masuk itu di bawah Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui pada
Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.
Baca Artikel Menarik:
Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
Sementara itu, Fahmi berkata, beliau juga mahu rakyat Kelantan tidak keliru dengan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berhuhung isu air di Kelantan
Menurutnya, kenyataan Nik Zawawi bahawa air di bawah Kerajaan Pusat juga adalah satu fitnah kerana urusan air adalah di bawah pengurusan negeri.
“Saya rasa beliau kena teliti dan bincang balik dengan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu,” katanya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi menjelaskan pelaburan RM25 bilion oleh Infineon Technologies AG dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah bukannya Kerajaan Pusat.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menjelaskan pelaburan itu dibawa masuk hasil rundingan Kerajaan Perpaduan dengan pelabur dari Jerman.
Baca Artikel Menarik:
Anwar menjelaskan, keputusan itu dicapai setelah Kerajaan Negeri Kedah membuat rundingan selama 13 bulan, namun gagal mencapai kata putus.
Infineon sebelum ini mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200 milimeter (mm) Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan
You must be logged in to post a comment.