Calon BN DUN Kemasik bantu mangsa kemalangan

MOHD. Khairi Afiq Mohd. Yusof (tiga dari kanan) membantu seorang mangsa kemalangan di Bandar Baru Kijal, Kemaman, pagi ini. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN: Keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd. Khairi Afiq Mohd. Yusof terserlah apabila beliau turut membantu seorang mangsa kemalangan di Bandar Baru Kijal, di sini, pagi ini.

Kemalangan itu berlaku ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Chukai bagi menghadiri program walkabout di pejabat kerajaan kira-kira pukul 8.44 pagi.

Menurut salah seorang pengawainya yang turut sama berada di lokasi kejadian, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya besar Sabasun, didapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan sebuah motosikal yang baru berlaku.

“Secara spontan, Mohd. Khairi Afiq mengarahkan pemandu memberhentikan kereta dan beliau terus turun mendapatkan mangsa kemalangan itu iaitu penunggang motosikal yang sedang terbaring di atas jalan.



“Mohd. Khairi Afiq turut membantu mengangkat mangsa ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan kereta Perodua Bezza itu dipandu oleh seorang wanita

Sumber: Utusan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker