Fatin Afeefa tayang duit dalam beg, nak umpan peragut ke?

Fatin Afeefa tayang duit dalam beg, nak umpan peragut ke?

Pelakon Fatin Afeefa hari ini mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat membawa wang tunai dengan jumlah yang banyak di dalam beg silang miliknya.

Menerusi video ‘content’ satu akaun Instagram ini, pelakon itu disapa mesra sebelum berkongsi barang-barang yang ada dalam begnya seperti pin tudung, ubat-ubatan, resit dan telefon bimbit.



Namun apa yang paling buat netizen tertumpu adalah Fatin membawa sejumlah duit yang banyak dan hanya diikat getah.

Saya tak ada dompet, semua duit saya ikat dengan getah.

Dia juga turut menunjukkan cincin perkahwinan, baju yang dipakai pada hari itu serta jam tangan namun enggan mendedahkan nilai sebenar aksesori yang digayakannya itu.

Fatin sempat berseloroh dan meminta hadiah hari jadi berupa dompet kerana dia amat memerlukan barangan itu sekarang.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan Fatin yang manis bertudung namun ada juga yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan Fatin meletakkan wang tunai yang banyak dalam beg.

Bahaya Fatin pakai beg macam tu, bila-bila masa orang boleh rentap. Mesti jadi mata-mata kaki ragut nanti.

Peminat juga menasihatkan agar aktres itu tidak membawa wang dengan jumlah yang banyak dan lebih berhati dengan keadaan sekeliling selepas ini.

Fatin Afeefa tayang duit dalam beg, nak umpan peragut ke?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker