Najis tikus di kilang proses makanan

Najis tikus di kilang proses makanan

Melaka: Penemuan najis tikus serta tahap kebersihan tidak memuaskan menyaksikan empat kilang memproses makanan di negeri ini diarah tutup 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bagi kerja-kerja pembersihan.

Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, notis arahan penutupan sementara itu dikeluarkan ke atas empat premis di kawasan Bukit Rambai, Serkam, Umbai dan Batu Berendam menerusi Operasi Bersepadu Kilang 2023.



Menurutnya, operasi berkenaan memfokuskan kepada kilang makanan untuk memastikan semua kilang di negeri ini mematuhi undang-undang Akta Makanan 1983.

“Operasi bersepadu diadakan selama dua hari iaitu 31 Julai lalu hingga semalam membabitkan 30 anggota penguat kuasa JKN Melaka dari daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

“Sebanyak 13 premis diperiksa dan kita mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM35,200 dan empat premis diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat kehadiran najis tikus serta berada dalam tahap kebersihan tidak memuaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Rusdi berkata, sehingga semalam, pihaknya mengambil tindakan tegas ke atas 61 kilang makanan dengan 37 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bernilai RM48,400 serta lima kilang diarahkan kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.



“Bagi kesalahan premis pengilangan makanan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), sebanyak 12 kilang dikenakan kompaun bernilai RM30,000,” katanya.

Beliau berkata, aduan mengenai premis pengilangan makanan yang kotor serta makanan produk tamat tarikh luput dan mempunyai bungkusan yang rosak boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my. HM

Najis tikus di kilang proses makanan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker