Saifuddin teruskan siri pendedahan isu REE

Saifuddin teruskan siri pendedahan isu REE

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia akan meneruskan siri pendedahan berhubung isu unsur nadir bumi (REE) meskipun sudah menerima notis undang-undang daripada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Saifuddin berkata hal itu kerana Muhammad Sanusi masih belum menjawab beberapa soalan yang dikemukakan, sekali gus ia menimbulkan kemusykilan.

“Misalnya saya kata dua personaliti yang kebetulan merupakan warganegara China yang masuk ke sini (Malaysia) melalui kemudahan yang diberikan oleh menteri besar kepada menteri dalam negeri pada waktu itu.

“Ada suratnya dan hasil surat itu kedua-dua orang tu masuk dan rekodnya adalah menjawat jawatan yang majikannya Perbadanan Menteri Besar Kedah.

“Dia (Muhammad Sanusi) kena jawab ini dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pentas Anak Muda N01 Seberang Jaya di Bukit Mertajam malam tadi.

Jumaat lepas Saifuddin mengesahkan menerima notis undang-undang daripada Muhammad Sanusi berhubung isu REE dan menyatakan kesediaannya untuk bertemu di mahkamah.

Setiausaha Agung PKR itu juga meminta pengundi di Pulau Pinang agar tidak melakukan eksperimen dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini dengan mengundi parti politik baru.

“Ini bukan eksperimen. Fokus kepada pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Pulau Pinang selama 15 tahun yang menjaga kebajikan rakyat, meyakinkan pelabur luar dan menjaga keharmonian kaum,” katanya.

Dia yang juga Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional itu berkata kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya adalah penting kerana bakal menyumbangkan satu kerusi kepada kerajaan negeri untuk kekal mentadbir di Pulau Mutiara.

Pada PRN kali ini, DUN Seberang Jaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Johari Kassim daripada PH dan Izhar Shah Arif Shah yang mewakili PN.

Pada PRU ke-14 (2018), PKR mengekalkan kerusi itu melalui wakilnya, Dr Afif Bahardin dengan meraih 16,014 undi menewaskan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (BN) yang mendapat 8,593 undi dan Ahmad Rafaei Rashid (PAS) dengan 5,540 undi. Mk

Saifuddin teruskan siri pendedahan isu REE

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker