Cardi B mengamuk, baling mikrofon ke arah peminat (Video)

Cardi B mengamuk, baling mikrofon ke arah peminat (Video)

BERANG disimbah air minuman oleh penonton, penyanyi rap terkenal, Cardi B membalas perkara tersebut dengan mencampakkan mikrofonnya ke arah individu terbabit ketika membuat persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas, Sabtu lalu.

Menerusi video tular tersebut, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar dilihat disimbah dengan air minuman ketika sedang melantunkan lagu hitsnya Bodak Yellow.



Tidak berdiam diri, penyanyi rap berusia 31 tahun itu segera bertindak membaling mikrofonnya kepada penonton biadab tersebut.

Susulan daripada itu, anggota keselamatan dilihat bergegas meluru kepada individu yang berada dalam tempat duduk penonton itu.

Insiden tersebut seterusnya meraih pelbagai respon dan komen daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Cardi demi menjaga keselamatannya.

“Bagus Cardi, jangan terlalu beri muka kepada penonton yang biadab, kita tidak tahu itu air biasa atau dia berniat jahat untuk menyimbah asid,” komen seorang peminat



“Cardi memang berani, penonton tidak patut membaling objek kepada artis yang sedang menyanyi, bukan sahaja melampau tapi mungkin berisiko mencederakan penyanyi tersebut,” demikian komen seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, insiden sedemikian bukanlah kali pertama berlaku kepada artis terkenal ketika sedang membuat persembahan.

Terdahulu, beberapa artis terkenal lain seperti Drake, Kelsea Ballerini, Harry Styles dan Bebe Rexha dilaporkan turut menjadi sasaran penonton untuk melemparkan objek ke pentas dengan alasan terlalu minat. K Online

Cardi B mengamuk, baling mikrofon ke arah peminat (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker