Benzina lakar sejarah baharu

Benzina lakar sejarah baharu

Nouhaila Benzina melakar sejarah baharu dalam sukan bola sepak apabila menjadi pemain berhijab pertama beraksi di Piala Dunia Wanita.

Pertahanan Maghribi berusia 25 tahun itu mewakili pasukan ASFAR (Association’s Sports of Forces Armed Royal) secara profesional di negaranya.

Kapten Maghribi, Ghizlane Chebbak berkata, mereka bukan sahaja memburu keputusan di kejohanan kali ini, tetapi juga mahu budaya mereka menyinar.

“Kami berbangga menjadi negara Arab pertama beraksi di Piala Dunia Wanita dan kami memikul tanggungjawab untuk memberikan gambaran baik, menunjukkan apa yang pasukan Maghrini mampu capai,” kata Chebbak.

Benzina pula teguh dengan pendiriannya sebagai seorang Muslim untuk menutup aurat dan membuktikan ia masih boleh dilakukan walaupun beraksi di peringkat tertinggi.

10 tahun lalu, sekiranya Maghribi layak ke Piala Dunia Wanita, pemain terpaksa memilih antara memakai hijab atau bermain di kejohanan itu.

Pada tahun 2007, pengadil menghalang gadis berusia 11 tahun dari Kanada memakai hijab ketika perlawanan. Isu itu sampai kepada FIFA, dan badan induk bola sepak dunia itu memilih untuk melarang pemakaian penutup kepala dalam kejohanan anjurannya.

Pada masa itu, hanya penutup kepala yang mendedahkan leher dibenarkan. Alasan FIFA, pemain terdedah kepada bahaya terjerut – sama ada kepada diri sendiri atau pemain lain.

Pengarah Operasi Creating Chances and Football United, Assmaah Helal percaya peraturan itu tidak masuk akal sama sekali.

“Ia memberikan mesej kepada wanita Muslim, terutama mereka yang memakai hijab, yang kami tidak berhak bermain sukan ini,” kata Helal.

Helal bersama beberapa aktivis lain, termasuk pegawai kerajaan, tokoh-tokoh bola sepak, serta atlet beragama Islam, berusaha gigih mengubah peraturan berkenaan.

Akhirnya pada tahun 2012, FIFA memberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tempoh percubaan yang membenarkan pemain memakai tudung.

Pemakaian hijab masih dilarang di Perancis, dan Piala Dunia Wanita 2019 yang diadakan di negara itu menyaksikan larangan berkenaan masih diguna pakai.

Tahun ini, Benzina menjadi pemain pertama memakai hijab di Piala Dunia dan ia diharap akan membuka laluan kepada lebih ramai pemain Muslimah memakainya. BH

Benzina lakar sejarah baharu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker