Ahli Pas Kedah tak peduli isu Nik Abduh – Ahmad Yahya

Ahli Pas Kedah tak peduli isu Nik Abduh – Ahmad Yahya

GURUN – Dakwaan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat bahawa Datuk Seri Mohd Amar Abdullah merupakan dalang nama Nik Mohammad Abduh digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Kelantan tidak memberikan kesan kepada Pas Kedah.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahamad Yahya berkata, perkara itu tidak dibangkitkan oleh pengundi-pengundi di negeri ini, walaupun terdapat isu berkenaan kecoh di peringkat Pusat.



“Di Kedah, dia (pengundi) akan tengok siapa calon menteri besar yang terbaik untuk memimpin Kedah, jadi apa yang berlaku di sekitar, saya kira tidak beri kesan kepada negeri Kedah.

“Setakat saya berjalan dan hari ini kita buat beberapa siri perjumpaan, kita tidak dengar pun orang ajukan soalan ini, baru ni saya dengar dari media,” katanya selepas mengadakan siri ceramah mega Perikatan Nasional DUN Gurun di Dataran Caltex, Pewaja Steel, malam tadi.

Ahmad mengulas pertanyaan media berhubung kenyataan Nik Din Nik Mat dalam satu video yang hairan bagaimana anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Beliau berkata, pengundi-pengundi di Kedah merasakan itu perkara biasa dan lebih fokus kepada siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) kekal di negeri ini.



“Setakat ini saya rasa orang Kedah anggap perkara itu sebagai biasa di musim pilihan raya, ia sudah terbiasa.

“Musim pilihan raya ini akan ada berbagai cerita tapi masing-masing akan fokus di tempat dia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tindakan Timbalan Ketua Pas Langkawi, Mazlan Ahmad yang bertindak bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Kuah akan diputuskan Pas Pusat.

Beliau berkata, Pas Kedah sudah menyiapkan laporan dan sudah diserahkan kepada kepimpinan pusat.



“Kita sudah maklum mengenai kenyataan presiden yang memaklumkan mana yang melanggar arahan parti akan dikenakan tindakan.

“Tindakan itu akan diuruskan oleh Pas Pusat bukan negeri, kita cuma bagi laporan sahaja kepada Pas Pusat,” katanya lagi.

Ahmad turut diminta mengulas mengenai pendirian Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan anak Tan Sri Johari Abdul, Mohammad Firdaus yang bertanding di DUN Gurun.

Katanya, pengundi di Gurun sendiri yang boleh membuat keputusan sama ada tindakan tersebut adalah amalan nepotisme ataupun tidak.



“Saya serah kepada rakyat untuk buat penilaian, cuma yang sampai ke telinga saya adakah ini nak bentuk negeri atau nak bentuk keluarga dalam negeri.

“Itu antara perkara yang rakyat boleh buat penilaian, tetapi kami PN tampilkan yang terbaik dengan calon pelbagai latar belakang dan tidak timbul kronisme atau nepotisme, tidak berlaku di kalangan calon PN.

PN mencalonkan bekas pemain bola sepak, Badrul Bakhtiar sebagai calon di DUN Gurun. MG

Ahli Pas Kedah tak peduli isu Nik Abduh – Ahmad Yahya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker