Debat Rafizi-Syahir, Kelantan akan sediakan tempat
Pemuda PH Kelantan menyatakan kesediaan untuk menjadi penganjur dan tuan rumah bagi merealisasikan cadangan debat antara Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman
Ketuanya Hazmi Hassan berkata di peringkat pemuda parti kerajaan perpaduan pihaknya menyambut baik program berbentuk ilmiah dan demokrasi itu.
“Pemuda Perpaduan Kelantan bersedia untuk menjadi tuan rumah dan mencadangkan ia diadakan di Kelantan sesuai dengan jolokan Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan sekolah politik terbuka
“Kelantan merupakan kubu kuat PAS, namun kami yakin Rafizi tidak kisah untuk berdepan dengan Syahir memandangkan isu ekonomi yang sebelum ini banyak dikritik Syahir secara sehala,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini
Terdahulu Syahir menunggu surat jemputan daripada Rafizi yang juga menteri ekonomi untuk berdebat.
Secara berseloroh Syahir (gambar, bawah) berkata sebab itulah dia sering batuk sejak semalam kerana namanya disebut oleh pemimpin PKR itu.
“Patutlah batuk-batuk sejak semalam. Rupanya ada orang jauh sebut-sebut nama kita.
“Saya ada di Bachok ni. Kita tunggulah surat itu sampai,” tulisnya pada satu hantaran di media sosial hari ini.
Malam tadi, Rafizi melontarkan cabaran untuk berdebat dengan Syahir mengenai hal ehwal ekonomi.
Rafizi mengalihkan cabaran itu selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohamed Azmin Ali dan menteri besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan menolak untuk berdebat dengannya.
Sementara itu, Hazmi berkata cabaran debat sempena pilihan raya negeri (PRN) perlulah menjurus kepada polisi dan penyelesaian secara matang.
“Sebelum ini negeri Kelantan sudah biasa dengan debat atau wacana dan ia dapat diadakan dengan baik dan lancar.
“Tujuan debat bukanlah mencari menang kalah atau salah betul tetapi ia satu budaya politik baru yang lebih ilmiah dan demokrasi.
“Pemuda Perpaduan juga tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Pemuda PAS jika ia diperlukan untuk memastikan debat ini berjalan lancar dan adil,” tambah Hazmi lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.