PRN: Cubaan menaikkan dron digagalkan pihak berkuasa
HULU TERENGGANU – Pihak berkuasa berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki yang mahu menaikkan dron tanpa permit sah pada hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan sedang membuat persiapan menerbangkan dronnya sebelum ditegur anggota polis bertugas.
Dia akur mengemas semula peralatan itu setelah diberi amaran oleh pihak berkuasa memandangkan penggunaan dron tanpa kebenaran pada hari penamaan calon merupakan satu kesalahan.
Dalam pada itu, kerusi DUN Ajil menyaksikan pertembungan dua penjuru antara penyandang, Maliaman Kassim mewakili Pas dengan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari dari Barisan Nasional (BN).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri N24 Ajil, Yusaini Amir Mohamad Nor mengumumkan dua calon tersebut pada pukul 10.25 pagi semalam di pusat penamaan calon, Dewan Sivik Ajil di sini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Maliaman Kassim mencipta kejutan setelah menang di kerusi DUN Ajil dengan majoriti empat undi
Beliau memperoleh jumlah undi 8,132 undian sekaligus menewaskan penyandang, Dr. Ghazali Taib dari BN
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun