Zack Idris meninggal dunia

Zack Idris meninggal dunia

Pelakon dan pengarah era 1990-an, Zack Idris menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pada usia 53 tahun, petang tadi.

Bekas isterinya, Aliza Rafar berkata, Zack ditidurkan sejak semalam selepas dikejarkan ke hospital akibat muntah dan pitam.

‘Tadi, saya pulang ke rumah dari hospital dan sampai sahaja di rumah, lebih kurang waktu Asar, saya dimaklumkan bahawa arwah sudah tiada.

“Berdasarkan apa yang saya faham, ia berkaitan dengan kandungan air dalam badan dan arwah mengalami komplikasi jantung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aliza, Zack atau nama sebenarnya, Mohd Idris mengadu kepada anak-anaknya rasa lemah dan tidak berdaya.

“Arwah pernah menjalani pembedahan pada 13 tahun lalu. Semalam, arwah lemah, tak berdaya dan nak pitam.

“Jadi, arwah berbaring. Bila bangun untuk makan dan minum, arwah muntah. Kemudian, kepalanya mula rasa pening.

“Jadi, anak ajak arwah ke hospital. Bila sampai ke hospital, doktor maklumkan bahawa badannya sudah teruk.

“Jadi, arwah terus dimasukkan ke zon merah kecemasan dan diberi bantuan oksigen seterusnya ditidurkan sejak semalam,” katanya.

Zack dan Aliza pernah berkahwin selama 18 tahun sebelum bercerai lapan tahun lalu.

Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Sebelum ini, Zack aktif sebagai pelakon dan pengarah, namun, bersara dari dunia seni dan banyak menghabiskan masa menjaga ibunya di kampung.

Antara karya yang membabitkan namanya termasuklah filem Johnny Bikin Filem, Penyair Malam, Syukur 21, Black Maria dan Cendol: Kepada Allah Aku Berserah, selain teater Sultan Alauddin Riayat.

Zack Idris meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker