Muafakat Nasional: UMNO Negeri hanya tunggu keputusan UMNO Pusat

SHAH ALAM – Terserah kepada UMNO Pusat untuk menentukan status kerjasama parti itu bersama Pas di bawah panji Muafakat Nasional (MN) susulan Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, secara peribadi, UMNO negeri itu sememangnya mengalu-alukan kerjasama dengan Pas menjelang PRU15 memandangkan hubungan dengan parti itu di peringkat akar umbi juga sangat utuh.

Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO sukar menjalin kerjasama politik dengan Pas sekiranya parti itu masih mengekalkan pendirian untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kalau Pas masih mahu kekal bekerjasama dengan Bersatu, bagaimana kita hendak bincang pasal isu pembahagian kerusi dan kerjasama PRU?

“Apa pun, UMNO Pulau Pinang akan serah kepada UMNO Pusat untuk buat keputusan lanjut,” katanya kepada Sinar Premium.

KINI DI TANGAN UMNO

Sementara itu, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut senada dengan Musa apabila menyerahkan segala keputusan lanjut kepada UMNO Pusat berhubung isu itu.

Berkenaan dengan keputusan Pas untuk menolak cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri dikuasai parti itu dalam tempoh terdekat, Ahli Parlimen Machang itu juga menghormati pendirian parti berkenaan.

“Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku (enggan bubar), saya melihat kelebihan terletak di tangan UMNO kerana kita masih mempunyai masa untuk memenangi hati rakyat negeri ini,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker