Kenapa Guan Eng tidak turut digugurkan, soal AJK Dapsy

Kenapa Guan Eng tidak turut digugurkan, soal AJK Dapsy

Seorang pemimpin Pemuda DAP meminta pucuk pimpinan parti itu menjelaskan kenapa pengerusi mereka, Lim Guan Eng, tidak digugurkan daripada menjadi calon dalam pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Pulau Pinang M Kogilan berkata dia kecewa melihat senarai nama calon-calon yang diputuskan parti.



Katanya berdasarkan senarai itu ada sekurang-kurangnya lima muka lama digugurkan.

“Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa membawa pembaharuan dalam setiap pilihan raya termasuk menggugurkan beberapa ‘orang lama’ adalah proses biasa.

“Justeru saya ingin bertanya kenapa parti tidak menggugurkan nama Lim Guan Eng?

“Beliau juga orang lama yang bertanding dalam pilihan raya sejak 1986,” katanya.



Tambah Kogilan dia juga tertanya-tanya jika Lim memang tidak berniat untuk membuka ruang kepada muka baru bagi menggantikannya.

“Atau adakah dia dilihat sebagai orang muda yang masih perlu bertanding dalam PRN kali ini,” katanya.

Sebelum ini, Loke berkata keputusan DAP menggugurkan lima exco Pulau Pinang bagi menghadapi PRN kira-kira dua minggu lagi adalah usaha untuk meremajakan parti itu agar ia kekal relevan.

Katanya, keputusan diambil atas pertimbangan penglibatan muka baru akan membawa nafas baru kepada parti itu yang sudah memerintah tiga penggal di Pulau Pinang.



“Antara tokoh yang sudah lama berkhidmat termasuk P Ramasamy yang sudah menjadi timbalan ketua menteri II selama tiga penggal, manakala Chong Eng menjadi exco selama dua penggal, dan sebelum itu banyak penggal sebagai ahli parlimen,” katanya. Mk

Kenapa Guan Eng tidak turut digugurkan, soal AJK Dapsy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker