Malaysia alami defisit RM99 bilion, hutang negara meningkat kepada RM1.08 trilion

Malaysia alami defisit RM99 bilion, hutang negara meningkat kepada RM1.08 trilion

Hutang Persekutuan pada akhir 2022 dicatatkan RM1,079.591 bilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding RM979.814 bilion pada 2021.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata nisbah hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula dicatatkan pada kadar 60.3 peratus.

Katanya, nisbah statutori Hutang Persekutuan yang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.032 trilion adalah pada nisbah 57.6 peratus kepada KDNK.

“Nisbah ini adalah di bawah had statutori 65 peratus kepada KDNK yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2022,” katanya dalam kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022. BH

Malaysia alami defisit RM99 bilion, hutang negara meningkat kepada RM1.08 trilion

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker