Amanah Terengganu tak puas hati BN tanding DUN Tepuh
Amanah terkejut dengan pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tepuh semalam kerana Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Terengganu bersetuju memberikan kerusi berkenaan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Ketua Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata partinya tidak pernah memulangkan kerusi DUN itu seperti desas-desus mendakwa ia pertukaran bagi meletakkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bertanding di Parlimen Kuala Terengganu pada PRK bulan depan
“Kita tidak pernah memulangkan kembali kerusi DUN Tepuh kepada BN kerana ia telah dipersetujui bersama untuk diberikan kepada Amanah menerusi mesyuarat antara PH dan BN pada Mei lalu.
“Saya sendiri pun tak pernah dengar dan tak diberitahu mengenai Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu kerana isu mengenai petisyen tempoh hari dikemukakan Umno.
“Pada kita, mungkin juga kerusi Parlimen itu diwakili calon mereka kerana mereka yang menang ke atas petisyen berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.
Malam tadi Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan PRK Kuala Terengganu akan ditandingi calon PKR, Azan Ismail.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan apabila kemenangan calon PAS, Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya negeri selepas pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Pada PRU15 lalu, Amzad mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.
Ditanya sama ada Amanah akan mengumumkan calon bagi DUN Tepuh, Raja Kamarul Bahrin berkata, senarai calon Amanah bertanding dalam PRN enam negeri akan diumumkan Presidennya, Mohamad Sabu dalam tempoh terdekat.
Setakat ini, beliau yang juga pengerusi PH Terengganu berkata, tidak boleh dikatakan berlaku pertindihan kerusi di DUN Tepuh.
“Kalau nak tanya satu persatu, saya boleh katakan dengan tepatnya, setahu kita perjanjian terakhir antara kita dengan Umno (PH dan BN) yang dipersetujui oleh Umno adalah Tepuh diberikan kepada Amanah.
“Dalam isu ‘pemulangan’ kerusi ini sebenarnya tiada dan tidak berlaku kerana kita tidak ‘dirujuk’ langsung. Kita tak kata ada pertindihan, tapi tunggulah pengumuman presiden kita sehari dua lagi,” katanya sambil menambah walaupun Umno mengumumkan calonnya di DUN Tepuh, perubahan boleh berlaku sebelum hari pencalonan 29 Julai ini.
Pada PRU14, DUN Tepuh dimenangi calon PAS, Hishamuddin Abdul Karim dengan 10,728 undi menewaskan calon BN, Basir Ismail yang meraih 8,065 undi dan calon PKR, Wan Hafizie mendapat 1,002 undi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau
You must be logged in to post a comment.