MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi

MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi

Dua Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mengosongkan kerusi jika pindaan perlembagaannya Sabtu ini melarang mereka menyokong lawan tanpa persetujuan parti.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim.



Syed Hussin berkata beliau secara peribadi bersedia berdepan sebarang kemungkinan hasil daripada perhimpunan agung khas Bersatu, Sabtu ini bagi meminda perlembagaan parti, namun pada masa menyerahkan nasibnya kepada rakyat.

“Sokongan kepada Anwar dimuktamadkan selepas setahun kami berada di pembangkang (tetapi) tiada perkara boleh memanfaatkan rakyat di kawasan kami.

“Daripada kami tarik balik sokongan kepada Anwar dan kembali menyokong (pihak) asal (Bersatu) yang tak boleh buat apa-apa, kami rela rakyat buat keputusan.

“Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk mengosongkan kerusi,” katanya pada sidang media di Parlimen.



Azizi pula berkata beliau bersedia menyerahkan mandat kepada rakyat jika perlembagaan Bersatu yang akan dipinda memaksa beliau berbuat demikian.

“Kenyataan sokong PMX adalah dari hati dan saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi,” katanya.

Pada 29 Jan, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata parti itu akan meminda Perkara 10 dalam perlembagaan parti bagi menghalang insiden wakil rakyatnya menyokong lawan, selain sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi.

Selain Syed Hussin dan Azizi, Ahli Parlimen Bersatu yang lain menyokong Anwar terdiri Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).



Sementara itu, Syed Hussin menafikan beliau dan lima lagi menyokong Anwar berbuat demikian kerana ada tawaran imbuhan termasuk jawatan pengerusi task force (kluster makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

“Jawatan itu tidak bergaji. Saya hendak tegaskan kami sokong PMX (Anwar) tanpa ada unsur pujukan rayuan dan habuan seperti cuba ditimbulkan dalam sesi semalam,” katanya merujuk perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan. FMT

MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker