Sanusi yang menghina, Dewan Diraja Selangor yang buat laporan polis, Anwar yang disalahkan?
GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Namun, beliau mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menghadap Sultan dan memohon maaf walaupun terdahulu menafikan Menteri Besar Kedah itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Orang tuduh Anwar zalim kerana hadapkan seseorang ke mahkamah. Kes apa? Kes hina Raja. Siapa buat laporan? Dewan Diraja Selangor, bukan saya buat laporan. Kamu marahlah Dewan Diraja Selangor.
“Kenapa Dewan Diraja Selangor boleh buat laporan? Sebab dapat persetujuan, perkenan Sultan Selangor.
“Kalau betul tak salah kenapa Pesuruhjaya Pas Selangor pergi menghadap Sultan Selangor minta ampun? Kemudian, apa kata Tuanku? Tak selesai… besok polis dakwa.
“Raja ini mengatasi politik. Raja ini payung negara. Ini semua sebab (Pas) baik dengan Tun (Dr) Mahathir (Mohamed), belajar dari Tun Mahathir, kemudian kena dakwalah,” katanya ketika berucap pada program ‘Kita Hulu Kelang Bersama PMX’ di sini semalam.
Anwar bagaimanapun memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai penahanan Sanusi.
“Tetapi itu isu soal polis, pendakwa dan hakim, saya tak campur, boleh tanya Ketua Polis Negara,” ujarnya.
Sebelum ini, Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lalu.
Mengikut pertuduhan, Sanusi, 48 tahun, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau