Jakim kerjasama dengan PDRM, MCMC banteras ajaran sesat SiHulk

Jakim kerjasama dengan PDRM, MCMC banteras ajaran sesat SiHulk

Umat Islam di Malaysia dinasihatkan tidak terlibat dan menjauhi penyebaran ajaran sesat yang dibawa Suhaini Mohammad atau SiHulk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, mana-mana pihak didapati menyebarkan ajaran itu boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.



Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membanteras ajaran sesat itu.

Tambah beliau, orang awam yang mempunyai maklumat juga digalakkan untuk segera tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Katanya lagi, Jakim, pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan juga akan mengadakan siri penerangan di seluruh negara berkaitan bahaya ajaran sesat tersebut.

Mohd Naim turut mengharapkan kerjasama semua pihak dalam isu seperti itu bagi membantu menanganinya dengan lebih berkesan.



“Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman SiHulk sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Seperti yang sedia maklum, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), pihak Jakim telah menyalurkan maklumat mengenai ajaran dan kegiatan kumpulan SiHulk kepada pihak JAIN.

“Antaranya kepada Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan penguatkuasaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat. Awani

Jakim kerjasama dengan PDRM, MCMC banteras ajaran sesat SiHulk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker