Ikan lompat dalam mulut tersekat pada kerongkong

Ikan lompat dalam mulut tersekat pada kerongkong

HANOI, Vietnam – Seorang lelaki di Vietnam terpaksa mendapatkan bantuan perubatan selepas seekor ikan tersekat di dalam kerongkongnya, lapor portal berita VNEXPRESS hari ini.

Lelaki berusia 55 tahun itu cuba menangkap ikan sebelum seekor ikan melompat ke dalam mulutnya dan tersekat pada kerongkongnya.



Dia cuba mengeluarkan ikan itu, namun ia masuk lebih dalam. Duri ikan itu mencederakan kerongkongnya dan menyebabkan pendarahan.

Pesakit yang berasal dari wilayah Kien Gieng itu dikejarkan ke pusat perubatan daerah Giong Rieng, minggu lalu.

Kelmarin ketua jabatan otorinolaringologi pusat perubatan berkenaan, Dr. Nguyen Hoang berkata, ikan itu berjaya dikeluarkan, namun kerongkong pesakit cedera teruk.

Pesakit itu menerima rawatan dan dibenarkan keluar selepas beberapa hari.



“Saya telah menangkap ikan sejak kecil, tetapi saya tidak pernah menghadapi situasi seperti ini,” kata pesakit tersebut. K Online

Ikan lompat dalam mulut tersekat pada kerongkong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker