Hadaplah kifarah Muhyiddin – Isham
Hadaplah kifarah Muhyiddin – Isham
Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa cakap tak serupa bikin apabila menyatakan kerajaan hari ini semakin galak menggunakan undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil yang membidas kenyataan Muhyiddin itu berkata, Pengerusi Perikatan Nasional dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lama melakukan perbuatan tersebut.
Dulu, soal beliau, siapa yang pergi pecah rumah arwah ibu ‘Bossku’ sampai tebuk atap rumah peninggalan Tun Razak di Jalan Eaton.
Bukankah Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu.
“Hadaplah kifarah,” kata Isham lagi.
Dalam kenyataan hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, tindakan kerajaan itu sama sekali bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan oleh parti kerajaan satu ketika dahulu termasuk untuk menghapuskan Akta Hasutan.
Beliau melahirkan rasa simpati terhadap sahabatnya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Inilah wajah sebenar mereka untuk ditatap oleh rakyat.
Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayangatas dua pertuduhan membuat kenyataan menghasut dan berkecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Dua pertuduhan menghasut itu adalah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang berlangsung pada 11 Julai lalu.
Beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai kes itu sehingga perbicaraan selesai. MG
Hadaplah kifarah Muhyiddin – Isham
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.