Umno akan bertanding di 12 kerusi Selangor
Umno akan bertanding di 12 kerusi Selangor
Umno akan bertanding di 12 kerusi di Selangor pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan.
Bercakap sebagai ahli panel, sesi Townhall Umno Bahagian Kota Raja, di Klang, malam tadi, timbalan menteri kewangan itu menggesa ahli-ahli parti supaya bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan mereka menang nanti.
“Selangor ini kita (Umno) dah kalah sejak 2008. (PRU) 2008, 2013 kalah. Walau Malaysia (peringkat pusat, kita) menang, Selangor kita kalah.
“Kemudian ini kita nak PRN. Kalau kita tidak mahu memberikan undi kepada rakan kita, parti-parti dalam kerajaan perpaduan bertanding, di tempat-tempat Umno-BN tak bertanding, apa akan berlaku pada 12 kerusi yang kita memerlukan sokongan mereka?” soalnya.
“Itu kita fikir lebih meluas untuk keseluruhan negeri Selangor,” katanya merujuk kepada rakan BN Pakatan Harapan (PH).
Katanya, PRN kali ini adalah peluang untuk Umno kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor, selepas mereka kehilangan negeri itu pada 2008.
Dia juga meminta ahli parti itu untuk tidak lagi takut dengan momokan terhadap DAP. Katanya, Umno juga memerlukan sokongan kaum Cina untuk menang di kerusi yang mereka tandingi dalam pilihan raya.
Majoriti pengundi Cina kini menyokong DAP, tambahnya.
“Kalau kita nak menang 12 kerusi, kita perlu sokongan masyarkat Cina kerana Melayu berpecah. Kita juga perlu sokongan masyarakat India
“Insya-Allah 12 kerusi itu kita boleh menang, dan Umno boleh jadi exco kerajaan negeri
dan kali pertama sejak tidak jadi sebahagian kerajaan Selangor,” katanya.
Pemimpin Umno itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik mengenai 12 kerusi yang akan ditandingi Umno.
Sebelum ini, adalah dilaporkan PH dan Umno telah memuktamadkan rundingan kerusi mereka untuk enam pilihan raya negeri akan datang.
Bagaimanapun, pemimpin kedua-dua gabungan itu menutup mulut mengenai jumlah kerusi yang telah mereka persetujui di setiap negeri, dan sekadar memaklumkan bahwa senarai itu hanya akan didedahkan apabila mereka membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Selangor mempunyai sejumlah 56 kerusi DUN, dengan Umno hanya memenangi empat kerusi pada pilihan raya umum 2018 iaitu di Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam dan Sungai Burong. Mk
Umno akan bertanding di 12 kerusi Selangor
Baca Artikel Menarik:
- SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar
- Amalan serta kelebihan Muharram
- Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain
- Che Puan Khaleeda Kongsi Momen Terkini Dengan Bella
- Puteri Sarah bersedia terima bakal suami orang industri (Video)
- REE, Sanusi sembunyi bangkai gajah yang amat busuk – Shaiful
- Sanggupkah orang UMNO undi Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO? – Anwar
- Sanusi nak saman Saifuddin
- KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai
- RM60 ribu terbang atas jalan, kakak tawar saguhati pulangkan duit adik
- Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan
- PN sakau dana judi, Anwar cabar samannya di mahkamah
- Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
- Sophia Al Barakbah lebih baik kunci mulut saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET