Kor Ming mahu undang-undang kecil MPKB dipinda elak dilanggar bukan Islam

Kor Ming mahu undang-undang kecil MPKB dipinda elak dilanggar bukan Islam

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mahu undang-undang kecil tertentu yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan (PBT), dipinda bagi mengelak kejadian orang bukan Islam melanggarnya.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP, berkata Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan sudah diarah berbincang dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk melihat kemungkinan meminda mana-mana undang-undang kecil PBT itu.



Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak kejadian seorang pemilik salun rambut yang didenda MPKB sebanyak RM100 kerana membenarkan kakitangan wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki berulang.

Katanya, kerajaan negeri perlu lebih memahami dan menghormati di antara satu sama lain dan kejadian seumpama itu sepatutnya boleh dielakkan.

“Saya sudah minta Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan untuk berbincang dengan YDP MPKB supaya undang-undang kecil ini sekiranya boleh dipinda supaya kejadian ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek Penggantian Lif Sempena Program Sentuhan Kasih KPKT di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara di sini, hari ini



Turut hadir, Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib.

Minggu lalu, MPKB mendenda seorang pemilik salun rambut RM100 kerana membenarkan kakitangan wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki.

Insiden itu berlaku di salun rambut miliknya di Kota Bharu dan difahamkan, pelanggan itu pergi menggunting rambut di situ bersama ahli keluarganya.

Mengulas lanjut, Kor Ming turut mengingatkan 155 PBT yang ada di negara ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.



Katanya, sikap saling menghormati sangat penting untuk menjaga serta membela keharmonian dan undang-undang kecil yang melanggar Perlembagaan Persekutuan sebenarnya wajar dielakkan.

“Kejadian itu saya dimaklumkan tukang gunting rambut bukan Islam menggunting rambut untuk lelaki Islam dan apa salah dia kerana ini memang cara dia berniaga.

“Jika tidak boleh menggunting rambut lelaki tersebut, bagaimana dia hendak buka kedai kerana di Kelantan 95 peratus adalah Islam dan jika tidak dapat menggunting rambut, bagaimana dia mahu jadi tukang gunting rambut.

“Kompaun itu sepatutnya tidak dikeluarkan dan undang-undang kecil itu juga sebenarnya boleh dielakkan juga,” katanya.



Beliau berkata, sama juga seperti kejadian yang berlaku pada bulan lalu, apabila seorang wanita bukan Islam yang memakai seluar pendek dikompaun PBT sama.

Katanya, wanita itu memakai seluar pendek dalam premisnya sendiri yang turut menjual seluar pendek.

“Wanita bukan Islam itu memakai seluar pendek dan ia tidak salah kerana itu adalah kebebasannya yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi dia dikompaun juga.

“Jadi saya berharap, kejadian-kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. BH



Kor Ming mahu undang-undang kecil MPKB dipinda elak dilanggar bukan Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker