Kenyataan Awang tidak mengejutkan – Anwar

Kenyataan Awang tidak mengejutkan – Anwar

Kenyataan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim kononnya kes yang dihadapi Menteri Besar Kedah sebagai satu cubaan melumpuhkan Perikatan Nasional bukan sesuatu mengejutkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, orang ramai perlu melihat semula laporan Dewan Diraja Selangor ke atas Menteri Besar Kedah hingga boleh menjejaskan kedudukan Raja-Raja.



“Ahli Parlimen Pendang itu memang komen dia seperti biasa tidak mengejutkan. Tapi kita tengok siapa yang buat laporan.

“(Laporan) Dewan Diraja Selangor itu kita kena tengok

“Kemudian apa komen Sultan Selangor semalam, kes tak selesai, jadi saya ingat proses itu (dihormati),” katanya kepada pemberita di MSekin Wonderland, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Sentuhan Agro Madani anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).



Awal hari ini, Menteri Besar Kedah berdepan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Sanusi didakwa didapati melakukan perbuatan mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin Pas kononnya pertuduhan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di mahkamah adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).



Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, berkata tindakan pendakwaan itu dianggap seperti klimaks dalam ‘melumpuhkan’ kemaraan Pas dan PN menjelang PRN pada 12 Ogos ini. MG

Kenyataan Awang tidak mengejutkan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker