SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar

Adakah Chegubard pergi bergambar depan SPRM sahaja?

SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar

SPRM belum menerima sebarang memorandum atau laporan rasmi daripada ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin, walaupun setelah kunjungannya ke ibu pejabar suruhanjaya itu minggu lalu.

Badrul yang lebih dikenali dengan nama Chegubard ke ibu pejabat SPRM Selasa lalu dan mendakwa dia membuat laporan berhubung pemilikan kediaman peribadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kajang, Selangor, serta dakwaan menggunakan menggunakan beberapa kereta mewah yang bukan milik sendiri.

“Pada 11 Julai…Badrul membuat sidang media di luar ibu pejabat SPRM. Ketika itu, dia menyuarakan hasrat untuk menyerahkan memorandum kepada pondok pengawal di pintu masuk.

“Namun, pegawai SPRM memaklumkan prosedur penyerahan memorandum perlu dibuat di dalam premis dan ada pegawai yang menunggu untuk menerima (memorandum itu).

“Dia enggan masuk dan menyatakan yang dia akan serahkan maklumat melalui pos. Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang memorandum atau laporan rasmi daripadanya,” kata sumber yang tahu tentang perkara itu.

Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut menafikan ada menerima sebarang memorandum atau laporan daripada Badrul mahupun individu lain.

Dalam sidang media Selasa lalu, Badrul mendakwa rumah yang didiami keluarga Anwar di Kajang itu milik “tauke Cina yang penuh misteri”.

Ia berdasarkan dokumen yang didakwa ditandatangani seorang setiausaha sulit Anwar yang mengesahkan perkara itu.

Dua hari kemudian, setiausaha politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi membuat laporan polis mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap Badrul, bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen berhubung kenyataan mereka yang didakwa berunsur fitnah terhadap Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair pula menjelaskan presiden PKR itu telah menandatangani perjanjian pajakan selama 10 tahun untuk mendiami rumah terbabit, manakala kenderaan mewah yang dipinjam telah dipulangkan kepada pemiliknya.

Badrul kemudian membuat laporan balas terhadap Anwar dan Farhan, mendakwa mereka telah menyalagunakan kuasa untuk menekan agar menutup mulutnya. Mk

SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker