Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar

Zahid Hamidi berkata hati Annuar Musa cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) walaupun menjadi setiausaha agung Umno.

Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar

Umno Zahid Hamidi membidas Annuar Musa yang disifatkan tidak “tahu apa-apa” berkait hal ehwal parti itu walaupun pernah memegang jawatan setiausaha agung.

Menyifatkan bekas Ahli Parlimen Ketereh sebagai “kaduk naik junjung”, Zahid berkata hati Annuar tidak pernah bersama Umno sepanjang memegang jawatan itu, sebaliknya cenderung bersama rakan di “sebelah sana”, merujuk kepada Perikatan Nasional (PN) dipimpin Muhyiddin Yassin.

“Saya nak bagitahu Annuar Musa kamu tahu apa.

“Kamu jadi setiausaha agung pun saya lantik lepas kamu kalah jawatan timbalan presiden…hati kamu lebih ke sana bila kita adakan Muafakat Nasional (MN) dan penyatuan ummah,” katanya selepas merasmikan Kerangka Kerjaya Industri Gig.

“Jangan bercerita lagi yang kononnya saya dan kepimpinan Umno tak tahu, (sebenarnya) kamu sorang sahaja tak tahu sebab hati kamu tak bersama Umno walaupun kamu setiausaha agung Umno.”

Beliau mengulas dakwaan Annuar bahawa isu pengharaman Umno oleh Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin tidak pernah berbangkit ketika beliau menjadi setiausaha agung Umno.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang membantah rancangan Mahathir dan Muhyiddin untuk mengharamkan Umno selepas PRU14.

Presiden PKR berkata beliau bersama Lim Guan Eng yang ketika itu setiausaha agung DAP dan Presiden Amanah Mohamad Sabu membantah kerana ia bukan penyelesaian kepada isu berbangkit pada waktu berkenaan.

Susulan daripada kegagalan mengharamkan Umno, Anwar berkata kini Zahid menjadi mangsa dan serangan PN yang mahu meraih sokongan ahli Umno pada PRN. FMT

Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker