Rogol, liwat budak 13 tahun, lelaki durjana mengaku bersalah

Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad, atas pertuduhan merogol, persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun pada minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol tanpa kerelaan seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun di dalam kereta Proton Persona di hadapan kedai makan di sebuah rumah flat di Kluang.



Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa manakala bagi pertuduhan ketiga dia dituduh melakukan amang seksual tanpa kerelaan mangsa di tempat dan lokasi sama.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan pada 8 Julai antara jam 8 malam hingga 9.30 malam.

Bagi kesalahan rogol tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii, dia didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.



Bagi pertuduhan amang seksual pula, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Danial memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan satu jenayah berat dan serius.

Hakim kemudian menetapkan 24 Julai ini untuk tarikh jatuh hukum dan mengemukakan fakta kes.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker