‘Penyondol’ belasah isteri selepas tularkan perbualan dengan suami

Seorang wanita di Lebong, wilayah Bengkulu cedera  dipukul oleh seorang wanita yang cuba mengganggu rumah tangganya, lapor laman berita Detik kelmarin.

Shintia Bella Syafirah, 21, sebelum itu bertemu dengan suspek yang dikenali sebagai GSA untuk menyelesaikan masalah antara mereka.

GSA sebelumnya dilaporkan memuat naik tangkap layar memaparkan perbualannya dengan suami Shintia beserta  keterangan bertulis: “Lelaki sudah beristeri ajak berkenalan.”

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebong, Iptu Alexander berkata, pada 15 Jun lalu, mangsa pergi menemui suspek selepas suspek memuat naik hantaran yang menjadi tular di laman Facebook.

Menurut mangsa, suaminya mengajak suspek berkenalan menerusi Facebook tanpa pengetahuannya.

Namun, suspek kemudian bertindak berkongsikan tangkap layar perbualannya dengan lelaki itu yang kemudiannya menjadi tular.

Shintia yang mendapat tahu hal itu kemudian bertindak menghubungi suspek sebelum mereka bertemu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun ketika bertemu, suspek membawa seorang rakannya, lalu mereka memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di kepala.

Kedua-dua suspek telah ditahan oleh polis selepas tiga minggu melarikan diri. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker