Integriti, rasuah kian parah bawah Anwar – MB Kedah

Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa masalah integriti dan budaya rasuah di negara ini lebih berleluasa di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Bercakap dalam wawancara khas yang disiarkan melalui Facebook malam tadi, menteri besar sementara Kedah itu membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat yang diberikan beberapa ahli perniagaan yang ditemuinya.

Sanusi berkata, apa yang didengarnya itu sama sekali berbeza dengan apa yang dilaungkan Anwar yang bertekad untuk membersihkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa.



“Kalau bercakap soal integriti, rasuah, saya sebagai menteri besar bertemu dengan ramai ahli perniagaan, yang mana ahli perniagaan terpaksa bertemu dengan pemimpin politik dari kerajaan persekutuan.

“Mereka beritahu saya keadaan yang berlaku dulu (rasuah, masalah integriti) tak pernah surut, malah makin ganas.

“… walaupun di pihak perdana menteri (Anwar) bercakap berdegar-degar di khalayak awam (tentang rasuah) tetapi di keliling perdana menteri keadaan (rasuah, masalah integriti) masih berlaku.

“Saya yakin keadaan ini diketahui oleh perdana menteri tetapi untuk memaparkan bahawa mereka ini kumpulan menentang rasuah, tapi sebaliknya keadaan berlaku lebih ganas lagi,” dakwanya.



Mengulas lanjut, Sanusi turut mendakwa Anwar gagal memberi fokus kepada tugasnya sebagai menteri kewangan dalam usaha membawa negara mendepani krisis ekenomi.

Sebaliknya, kata Sanusi Anwar lebih gemar melakukan siri jelajah dengan menyampaikan ceramah-ceramah politik dan melontarkan propaganda agar rakyat menerima kerajaan yang disifatkan sebagai ‘kakistokrasi’ itu.

Kakistokrasi bermaksud sebuah sistem kerajaan yang ditadbir oleh satu golongan yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa sebagai pemerintah.

“Ketika rakyat sedang menghadapi krisis yang semakin hari semakin parah nampaknya menteri kewangan sedang menggelak untuk mengambil tanggungjawab itu.



“Sebaliknya (dia) lebih berminat untuk menyampaikan ceramah dan di semua ceramah yang disampaikan dia mengambil kesempatan untuk melancarkan kempen bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang dan melontarkan propaganda bagi orang dapat terima kakistokrasi yang sedang mengisi kerajaan hari ini.

“Rakyat Malaysia perlu membuat desakan habis-habisan supaya menteri kewangan mengambil tanggungjawab secara serius dalam isu-isu kewangan yang sedang dihadapi negara pada masa ini,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker