SPR perlu kaji pengundian elektronik pada PRU16 – Sharkar

SPR perlu kaji pengundian elektronik pada PRU16 – Sharkar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam terhadap cadangan pengundian dalam talian pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Sharkar Shamsudin.

Dia berkata pengundian akan menjadi lebih fleksibel terutama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan pelaksanaan proses mengundi secara elektronik atau secara dalam talian (e-voting).

“Pengundi boleh mengundi di mana sahaja mereka berada kerana sistem pengundian sekarang memakan banyak perbelanjaan, tenaga dan masa serta komitmen tambahan.

“Tiada lagi isu perlu keluar dari rumah untuk membuang undi. Jika banjir sekalipun, undian masih boleh dilakukan. Halangan kos untuk pulang ke kampung untuk mengundi juga tidak lagi akan berlaku,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, majoriti rakyat sudah dibiasakan melakukan semua benda secara dalam talian seperti membayar bil utiliti, memperbaharui insurans kenderaan, membayar saman, membeli belah, melakukan urusan perbankan dan membayar zakat fitrah kesemuanya di hujung jari.

“Jadi untuk melaksanakan proses pembuangan undi secara dalam talian pun bukanlah suatu yang mustahil,” kata Sharkar yang juga speaker DUN Pahang.

Jelasnya, e-voting sudah dilaksanakan di beberapa buah negara lebih 20 tahun lalu antaranya Australia, Belgium, Brazil, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Namibia, Belanda, Norway, Peru dan Switzerland.

Terdapat pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini bagi mempermudah e-voting, termasuk capaian internet isi rumah yang meningkat kepada 96 peratus pada 2022 menerusi kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), katanya.

“Jika selama ini kita percaya dengan keselamatan transaksi perbankan secara dalam talian melibatkan ribuan ringgit, mengapa kita tidak boleh mempunyai sistem yang selamat untuk menghantar satu undi dari satu rakyat ketika pilihan raya,” katanya lagi. Mk

SPR perlu kaji pengundian elektronik pada PRU16 – Sharkar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker