Pejuang boleh kerjasama dengan PN tapi tidak boleh bertanding – PAS
Pejuang boleh kerjasama dengan PN tapi tidak boleh bertanding – PAS
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada masalah untuk Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan Pejuang pada PRN namun menegaskan permintaan mendapatkan kerusi tidak boleh dipenuhi kerana agihannya telah selesai.
Timbalan presiden PAS itu berkata sebaiknya Pejuang yang diketuai bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir menyokong calon PN sekiranya tidak mahu melihat undi Melayu berpecah.
“Kita menyambut baik sesiapa sahaja yang ingin mengadakan kerjasama politik dengan PN bagi mempastikan kita berjaya dalam PRN ini.
“Namun soal kerusi yang akan dipertandingkan, kita telah selesai mengagihkan kerusi di kalangan PAS, Bersatu dan Gerakan (pada 26 Jun),” katanya.
“Sekiranya melibatkan kerusi untuk pertandingan, ia sukar dirombak,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengulas kenyataan Mukhriz semalam bahawa partinya masih berharap dapat bekerjasama dengan PN pada PRN.
Harapan itu dizahirkan Mukhriz susulan pertemuan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad dua hari lalu yang bersetuju mengukuhkan perpaduan orang Melayu serta meningkatkan sokongan kepada PN pada PRN 12 Ogos depan.
Merujuk keputusan PN menolak permohonan penyertaan Pejuang pada 21 Mac lalu, Mukhriz berharap komponen itu kali ini dapat mempertimbangkan sewajarnya kerjasama untuk mengelak pertembungan dan mewujudkan situasi satu lawan satu dengan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga bekas wakil rakyat DUN Jitra mencadangkan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dapat disatukan bersama PN dalam berdepan PRN.
Mukhriz dilaporkan berkata Pejuang yang mempunyai empat kerusi DUN iaitu masing-masing dua di Selangor dan Kedah tidak “bercita-cita” bertanding lebih daripada itu, namun ketika ini masih mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada mahu menyertai PRN atau sebaliknya.
Pada 24 Mac lalu, dilaporkan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa permohonan Pejuang menyertai PN ditolak kerana tidak mahu pembahagian kerusi PRN antara parti gabungan terganggu. FMT
Pejuang boleh kerjasama dengan PN tapi tidak boleh bertanding – PAS
Baca Artikel Menarik:
- Fouziah Gous nafi ‘cuci duit’
- Founder dakwa penyanyi dan pengasas kosmetik pinjam RM150,000 liat bayar hutang
- MP PAS dakwa tiket bas ke Kelantan habis, laman web tunjuk masih ada
- Punca Coco Lee bunuh diri
- Mahathir, Muhyiddin ‘bersekongkol’ untuk jaga harta mereka – Anwar
- ‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’ – Inspektor Sheila
- Ira Kazar ‘UP’ Foto Terbaru Di Instagram Selepas Selesai Kes Saman Puteri Sarah
- Elok Annuar Musa ajak anak masuk PAS
- DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’
- Mahathir kecam kembali bidasan Syed Saddiq
- 2 jam menunggu, suri rumah kecewa tidak boleh buka akaun bank
- Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang
- Lelaki ‘lunyai’ dibelasah pasukan pengawal timbalan presiden
- Belum sempat ‘bersama’, pengantin perempuan meninggal dunia selepas dinikahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain
You must be logged in to post a comment.