Isteri bekas Adun dipukul selepas tegur kanak-kanak mencuri

Isteri bekas Adun dipukul selepas tegur kanak-kanak mencuri

GEORGE TOWN: Bekas Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz mendakwa isterinya diserang seorang lelaki selepas dia menegur seorang kanak-kanak yang dipercayai mencuri di sebuah kedai.

Tindakan Norhailee Rasid dipercayai menyebabkan lelaki itu berang dan menyerangnya ketika berada di sebuah kedai di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas.

Menurut Azrul, Norhailee, 48, melihat seorang kanak-kanak perempuan memasukkan makanan ringan ke dalam begnya.

Kerana bimbang dengan tindakan itu, Norhailee menegurnya menyebabkan kanak-kanak itu lari.

Norhailee kemudiannya didatangi seorang lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak itu.


Lelaki yang dipercayai menyerang isteri bekas Adun di sebuah kedai di Bayan Lepas.

Azrul berkata rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu memukul kepala Norhailee sebanyak dua kali dan juga cuba menumbuknya.

“Saya tidak kisah mengenai makanan yang dicuri kerana ia hanya makanan ringan malah kami tidak mengejar kanak-kanak itu. Tetapi untuk seorang lelaki menyerang wanita seperti ini, sukar untuk diterima,” katanya.

Azrul berkata, isterinya membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Lepas dan pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat dan pihaknya akan menjalankan siasatan. FMT

Isteri bekas Adun dipukul selepas tegur kanak-kanak mencuri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker