Wanita mental ceroboh balai bomba
Wanita mental ceroboh balai bomba
Seorang wanita dikesan telah menceroboh masuk ke Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dekat sini pada malam Ahad sebelum mencetuskan provokasi dan merosakkan Sudut Wow Factor di balai berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, wanita yang dipercayai berusia 40-an itu pergi ke balai terbabit pada jam 11.45 malam lalu mencetuskan provokasi sebelum merosakkan sudut tersebut menggunakan tukul.
Katanya, menurut pegawai dan anggota bomba yang bertugas di balai bomba terbabit, mereka tidak mengenali wanita tersebut dan cuba menghalangnya daripada merosakkan sudut berkenaan.
“Pegawai dan anggota yang bertugas cuba menghalangnya namun tidak diendahkan wanita terbabit.
“Susulan daripada itu, salah seorang pegawai bomba segera menghubungi polis sebelum polis tiba lalu menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut. Satu laporan polis turut dibuat berhubung kejadian berkenaan,” katanya pada Selasa.
Sementara itu, polis mengesahkan penahanan wanita terbabit dibuat selepas menerima laporan daripada seorang pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal pada jam 12.43 malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, wanita terbabit terlebih dahulu ditahan oleh pihak bomba sebelum ditahan semula oleh polis untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, siasatan mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan itu ditahan kerana memecahkan logo agensi terbabit di dalam kawasan balai.
“Suspek berasal dari Pulau Pinang, berusia 53 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau. Hasil ujian saringan awal mendapati, suspek bebas dari sebarang jenis dadah.
“Suspek yang disyaki mengalami masalah mental telah dirujuk dan ditahan di Wad Psikiatri Jalan Perak untuk rawatan lanjut. Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tiga hari sehingga 5 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Soffian turut meminta orang ramai tidak menularkan sebarang gambar dan rakaman video berhubung kejadian terbabit untuk mengelakkan sebarang spekulasi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, satu klip video berdurasi 19 saat tular di media sosial menunjukkan seorang wanita sedang merosakkan bahagian dinding yang dinamakan Sudut Wow Factor dengan tukul di Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal. Sinar
Wanita mental ceroboh balai bomba
Baca Artikel Menarik:
- Tuduhan Aliff Syukri, Kadir serah kepada peguamnya
- Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir
- PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar
- SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA
- Tok Mat minta semua akur dengan pembahagian kerusi
- Bella Astillah takut cakap soal cerai
- Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang
- Jual karipap dapat RM80k sebulan
- Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari tengah ditahan
- Semua keperluan dibiayai, lelaki bujang ajak ‘dating’ dengan ‘makcik’
- Kereta terbang akhirnya dibuka untuk tempahan
- Tragedi Jeram Mawar, penduduk Kampung Air Putih akui tidak akan ‘berkelah’ disitu
- Syamsul balik rumah ayah atau tidak?
- Shuib naik angin dituduh ahli Freemason
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat
Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah
Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)
Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)