Masalah sebenar Zii Jia

Masalah sebenar Zii Jia

Pengarah Kejurulatihan Team LZJ, Wong Tat Meng menganggap Lee Zii Jia berpotensi untuk bangkit namun perlu mempunyai keyakinan diri terutama dalam mengatasi jangkaan tinggi diletakkan orang ramai terhadapnya.

Tat Meng yang memulakan tugas bersama Team LZJ semalam berkata, Zii Jia mempunyai potensi dan bakat besar biarpun pada masa ini tampak bergelut dengan konsistensi.

“Dia mencipta nama pada usia muda, 23 tahun sudah menjuarai Seluruh England. Satu kejohanan yang besar bagi kita dan juga seluruh dunia. Selepas itu, dia belum dapat sesuaikan diri dengan jangkaan ramai dan juga dirinya sendiri.

“Semua tahu, prestasinya sejak kebelakangan ini, dengan rankingnya dia patut mencapai sesuatu keputusan tetapi inilah sukan, ini adalah badminton. Dia belum konsisten dan itu satu perkara biasa.

“Bukan saja Zii Jia tetapi ramai atlet di dunia mempunyai masalah itu… konsistensi. Dia mempunyai potensi dan bakat dalam arena badminton ini. Sudah tentu ia hadir dalam satu pakej.

“Sudah tentu ramai meletakkan jangkaan tinggi kepadanya dan menjadi satu tekanan untuk menepati jangkaan daripada peminat, media dan seluruh masyarakat.

“Selain kemahiran, saya banyak memberitahunya mengenai pemikiran, bagaimana psikologi dan cara menguruskan tekanan, menguruskan kejohanan dan jangkaan, semua ini perlu bergabung bukan hanya prestasi di atas gelanggang sahaja,” kata Tat Meng menerusi rakaman video temubual khas yang dikongsi Team LZJ menerusi akaun Twitter rasmi Team LZJ.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-16 dunia bakal kembali beraksi di gelanggang di Terbuka Korea Selatan dari 18 hingga 23 Julai ini, dengan pusingan pertama dijadual bertemu bekas anak didik Tat Meng dari Hong Kong, Ng Ka Long.

“Kami akan melayan Ng Ka Long seperti mana lawan yang lain juga. Memang Ka Long pernah beberapa kali menewaskan Zii Jia kebelakangan ini, tapi kita yakin semua lawan adalah mencabar.

“Saya perlu melihat sendiri bagaimana permainan Zii Jia di kejohanan yang akan disertai di Terbuka Korea, Jepun dan Australia. Biar saya melihat dulu bagaimana prestasinya, dan selepas itu baru boleh saya menyusun program untuknya,” kata Tat Meng. BH

Masalah sebenar Zii Jia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker