Langkawi tidak tersenarai dalam LTdL 2023
Langkawi tidak tersenarai dalam LTdL 2023
Pulau Langkawi tidak tersenarai dalam laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 30 September ini.
Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang ‘asing’ apatah lagi perlumbaan berprestij itu pernah tidak ‘memasuki’ Langkawi dari 2016 hingga 2018 sebelum kembali dianjurkan di sana pada 2019 dan 2022.
Menerangkan mengenai perkara berkenaan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, edisi kali ini bakal menelusuri 11 negeri di semenanjung membabitkan 1,280 kilometer (km) secara keseluruhan.
“Untuk kali ini, kita merangkumi 11 negeri kecuali Perlis dan sekali lagi, kalau membabitkan Langkawi, ia menyebabkan satu tambahan kos yang agak tinggi. Ini bukan kali pertama tidak terbabit (Langkawi) tetapi namanya masih ada di sana (LTdL).
“Ia bukan sesuatu yang luar biasa, ia bakal membabitkan kos yang besar dan laluan di Langkawi sendiri tidak terlalu ‘selesa’ untuk anjur perlumbaan,” kata Ahmad Shapawi kepada media selepas Majlis Pelancaran LTdL 2023 yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di sini, hari ini.
LTdL 2023 kali ini membabitkan lapan peringkat, bermula di Kerteh, Terengganu sebelum kemuncaknya berakhir di Kuala Lumpur, dengan setakat ini membabitkan penyertaan minimum tiga pasukan Dunia (UCI WorldTeam), tujuh pasukan Pro (UCI ProTeam), 11 pasukan benua (UCI Continental) dan satu pasukan kebangsaan Malaysia.
Dalam pada itu, Hannah berkata, pihaknya sudah cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan LTdL 2023 berlangsung dalam suasana meriah menerusi peruntukan RM8 juta yang diluluskan Kabinet dan Kementerian belia dan Sukan (KBS).
“Berdasarkan kos RM8 juta, kita cuba sebaiknya untuk membabitkan sebanyak mungkin negeri. Sebab itu kita memohon Menteri Besar setiap negeri untuk mereka bantu bersama. Jumlah tepat belum ada tetapi sekarang Terengganu sedang mendahului dan kita akan bekerja berdasarkan peruntukan berkenaan.
“Saya juga sudah bercakap dengan syarikat korporat dan tengah tunggu kelulusan dan tadi (majlis) ada penaja sukan yang selalu KBS berinteraksi dan mereka juga turut dijemput (menaja). Ramai yang menunggu hari ini dan melihat berapa jumlah mereka nak peruntukkan. Sekiranya ada penaja lain dan rasa mahu menambah nilai, boleh hubungi MSN,” kata Hannah. BH
Langkawi tidak tersenarai dalam LTdL 2023
Baca Artikel Menarik:
- Tuduhan Aliff Syukri, Kadir serah kepada peguamnya
- Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir
- PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar
- SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA
- Tok Mat minta semua akur dengan pembahagian kerusi
- Bella Astillah takut cakap soal cerai
- Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang
- Jual karipap dapat RM80k sebulan
- Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari tengah ditahan
- Semua keperluan dibiayai, lelaki bujang ajak ‘dating’ dengan ‘makcik’
- Kereta terbang akhirnya dibuka untuk tempahan
- Tragedi Jeram Mawar, penduduk Kampung Air Putih akui tidak akan ‘berkelah’ disitu
- Syamsul balik rumah ayah atau tidak?
- Shuib naik angin dituduh ahli Freemason
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat
Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah
Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)
Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)