DBKL sita gerai warga asing sekitar KLCC

DBKL sita gerai warga asing sekitar KLCC

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sita ke atas penjajaan dijalankan warga asing di sekitar Jalan Ampang berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

DBKL dalam hantaran di Facebook berkata, ia susulan maklumat yang diperolehi menerusi hantaran di media sosial baru-baru ini.

“DBKL melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P. Ramlee pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Sebanyak empat tindakan sita telah diambil ke atas penjaja bukan warganegara yang menjaja makanan dan minuman termasuk dua peniaga pakaian terpakai,” katanya, semalam.

DBKL berkata, pihaknya turut mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Satu lagi notis kompaun dikeluarkan dibawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 atas kesalaham membuang bahan jualan dan kekotoran di tempat awam,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki disyaki warga asing tular apabila dia bertindak berani menjual jagung bakar di hadapan pusat beli-belah KLCC.

Perbuatannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana bukan sahaja mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut malah boleh membahayakan orang awam. K Online

DBKL sita gerai warga asing sekitar KLCC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker