Zaki Yamani mohon maaf

Zaki Yamani mohon maaf

Pengguna Twitter, Zaki Yamani hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung ciapan biadabnya terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di hospital.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu ciapan pada 6.49 pagi susulan kekesalan diluah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut mengarahkannya memohon maaf.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” ciap Zaki Yamani.

Semalam Harian Metro melaporkan, Anwar kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Abdul Hadi.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar mengarahkan pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.

Kelmarin, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya. HM

Zaki Yamani mohon maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker