Joe Ee pahat sejarah, usia muda bukan halangan

Joe Ee pahat sejarah, usia muda bukan halangan

Biarpun menjadi atlet paling muda dalam senarai calon akhir Olahragawati Kebangsaan 2022, namun Ng Joe Ee memasang impian mengulangi sejarah yang pernah dilakukan Amy Kwan ketika bergelar atlet gimnastik pertama memenangi anugerah berprestij itu pada 2018.

Baru berumur 17 tahun, atlet gimnastik berirama (gimrama) negara itu mendapat tempat dalam senarai akhir pencalonan hasil kejayaan merangkul dua pingat emas pada Sukan Komanwel di Birmingham tahun lalu.



Joe Ee bakal menerima tentangan hebat daripada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang pernah memenangi anugerah Olahragawati Kebangsaan empat kali, selain dicabar oleh Nur Dhabitah Sabri (terjun), Nur Ain Syuhada Asri (petanque) serta juara muaythai dunia, Nur Amisha Azrilrizal.

“Sudah tentu saya sangat gembira dan tidak menyangka tercalon dalam senarai akhir Olahragawati ASN (Anugerah Sukan Negara) kali ini. Ia akan meningkatkan motivasi saya untuk lebih bersungguh-sungguh dalam sukan gimnastik.

“Walaupun saya atlet paling muda, tetapi saya tidak melihat atlet lain sebagai cabaran. Saya hanya mahu mencabar diri sendiri untuk melakukan kemajuan, selangkah demi selangkah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada temasya di Birmingham 2022, Joe Ee melakar sensasi memenangi pingat emas dalam aparatus bola dan riben.



Sementara itu, Pandelela, 30, yang memegang gelaran Olahragawati Kebangsaan 2011, 2012, 2015 dan 2021 akan menyamai pencapaian jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang jika memenangi anugerah buat kali kelima. Utusan

Joe Ee pahat sejarah, usia muda bukan halangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker