Rakyat nak tahu mana Pas dapat duit bagi pengundi – Puad

Rakyat nak tahu mana Pas dapat duit bagi pengundi – Puad

”Apakah ‘katak’ bukan penjahat?,” soal Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Sedangkan ramai Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah katak dari UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Pas sokong Akta Anti-Lompat Parti bermakna Pas tolak katak.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang musykil tentang kemampuan dan kerjasama yang bakal dibentuk oleh kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sebagai pembangkang, gabungan Perikatan Nasional (PN) mahu melihat bagaimana kerjasama itu berlangsung selepas pelbagai kecaman dilemparkan terhadap pimpinan Barisan Nasional sebelum ini.

“Kita nak tengok sejauh mana dia (Anwar) dapat melaksanakan apa yang disebut dalam kempen… tolak penyamun tiba-tiba berpakat dengan penyamun,” kata Tuan Ibrahim.



Mengulas kenyataan itu, Mohd Puad berkata, kalau Tuan Ibrahim percaya UMNO adalah penyamun kenapa Muktamar Pas 68 lulus usul untuk bekerjasama dengan UMNO.

Dalam pada itu, bukan sahaja Pas yang musykil terhadap BN bahkan rakyat turut berasa demikian.

”Kita musykil Pas tuduh PH dan UMNO berzina. Tetapi kita tambah musykil, mana Pas dapat banyak duit bagi pada pengundi,” tanya Mohd Puad. MG

Rakyat nak tahu mana Pas dapat duit bagi pengundi – Puad




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker