Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP

Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Ronnie Liu memohon menamatkan keahliannya selepas 41 tahun bersama parti tersebut.

Ronnie dalam satu surat kepada setiausaha agung DAP, berkata beliau memohon untuk menamatkan keahliannya bersama DAP berkuat kuasa mulai 24 Jun.

“Saya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP sejak 1982.

“Namun selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya. Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP,” katanya dalam surat itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan DAP atas segala peluang dan keyakinan diberikan kepadanya.

“Semoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisme demokratik dan konsep perjuangan ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’,” katanya.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Liu pernah menjadi Adun Pandamaran dari 2008 hingga 2013 sebelum berpindah dan memenangi kerusi DUN Sungai Pelek di Selangor pada 2018 hingga sekarang.

Beliau juga dilantik sebagai exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor. FMT

Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker