Zul sudah insaf
Zul sudah insaf
Manjung: “Perasaan sekarang cukup malu dengan masyarakat dan risau disisihkan,” kata pesalah muda Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) yang hanya ingin dikenali sebagai Zul (bukan nama sebenar).
Zul, 20, diperintahkan menjalani hukuman PKM oleh mahkamah dengan perlu melakukan khidmat komuniti selama 120 jam sejak April lalu atas kesalahan merogol kekasihnya.
Pemuda yang berasal dari Perlis itu mengakui berasa bersalah atas keterlanjuran itu dan berharap keluarganya dapat menerimanya semula.
“Saya tidak mahu ulangi kesalahan sama. Jika boleh, saya mahu kejar impian belajar dalam bidang automotif,” katanya ditemui pada Program Khidmat Bakti PKM di Pantai Teluk Batik di sini, hari ini.
Seorang lagi pesalah muda, Nasir (bukan nama sebenar), 20, berkata, aktiviti khidmat komuniti yang dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu membantu membangkitkan kesedaran dalam dirinya untuk berubah.
Dia yang berasal dari Kerian, Perak juga dijatuhi hukuman berkenaan bermula Februari lalu atas kesalahan merogol teman wanita di bawah umur.
“Saya sedar kesalahan yang saya lakukan berat dan sukar untuk dimaafkan.
“Selepas hukuman khidmat masyarakat selama 100 jam ini tamat, saya berhasrat membantu menyara ibu dengan bekerja sebagai tukang masak,” katanya.
Mereka berdua antara 20 pesalah muda di negeri itu yang kini menjalani PKM mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh majistret bagi kesalahan masing-masing.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat Perak Anuar Che Mahmud berkata, perintah khidmat masyarakat mampu mengubah mereka yang terbabit dengan jenayah menjadi individu lebih baik serta tidak mengulangi kesalahan lampau.
“Perintah khidmat masyarakat bukanlah suatu bentuk hukuman seperti penjara tetapi ia lebih kepada bentuk alternatif untuk memberi kesedaran kepada pesalah muda.
“Ia lebih kepada mengambil masa lapang pesalah muda dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka dan menjadikan khidmat masyarakat suatu pengalaman berfaedah kepada mereka.
“Ketika ini, ada 20 anak-anak yang sedang menjalani hukuman PKM di Perak dengan sebahagian besar kesalahan yang dilakukan membabitkan kesalahan jalan raya, merosakkan harta awam dan rogol,” katanya.
Antara aktiviti khidmat masyarakat dijalankan ialah membersihkan kawasan dan membantu penghuni institusi kebajikan masyarakat, aktiviti keagamaan dan program kerjaya. HM
Zul sudah insaf
Baca Artikel Menarik:
- Inspektor Sheila digantung kerja, lapan kertas siasatan dibuka – Saifuddin
- Kopi eksklusif Jacu daripada najis burung RM8,000 sekilogram
- Identiti 5 penumpang kapal selam Titan didedahkan
- Pelakon Curang Dengan Isteri Drummer
- Dulu asyik pertikai, bila jadi kerajaan tak tahu buat – Shahrir
- Masalah kebocoran usus bukan berpunca bariatrik – suami Rohana
- Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan
- Rundingan dengan BN mudah, tidak seperti PAS – PKR
- Telefon Ebit Lew ada sejarah layari laman web lucah – Juruanalisis Kanan Polis
- Alif Satar dijemput menunaikan haji tahun ini bersama isteri
- Muhyiddin hipokrit, sesumpah politik – UMNO Johor
- Hannah Delisha Didakwa Pakai Seluar Sehingga Nampak Bentuk
- Dua suspek pukul pekerja 7E ditahan
- Sila kecam – Shatirah Amanda
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?
“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin