Kejam! Pesara tentera didenda RM20,000 kerana tembak kucing jiran

MELAKA: Seorang pesara tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menembak seekor kucing milik jirannya dengan senapang angin, tahun lalu.

Tertuduh, Aziz Tambi, 63, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan penganiayaan terhadap haiwan iaitu menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing dengan cara menembaknya menggunakan selaras senapang angin.



Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah rumah bernombor di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah pada 18 Jun 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda minimum RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Bagaimanapun, peguam Ishak Mohd. Kari merayu hukuman ringan dengan alasan tertuduh pernah berjasa kepada negara dan menerima pingat penghargaan, selain tindakan itu diambil kerana telah lama bersabar dengan jirannya.



Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM20,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh membayar denda tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker