MB Selangor bidas Azmin tidak beradab, dahului Sultan umum tarikh bubar DUN

SHAH ALAM: Tindakan pihak tertentu yang mendahului Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dianggap bertentangan dengan adab orang Melayu terhadap Sultan sebagai Ketua Negeri, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar kerana kerajaan negeri mempunyai adat istiadat dan persetujuan secara kolektif dalam melaksanakan istiadat pembubaran dengan panduan daripada pihak istana.

“Kita mempunyai undang-undang, adat istiadat dan konvensyen yang harus kita tepati. Maka bagi saya adalah tidak wajar mana-mana pihak mendahului Sultan Selangor dalam mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor.



“Ia dikira bertentangan dengan konvensyen, adat istiadat dan lebih lagi adab masyarakat Melayu dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya dalam sidang media khas sempena lima tahun pentadbirannya di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dalam satu ceramah di Tanjong Karang dilaporkan berkata DUN negeri itu akan dibubarkan hari ini.

Sementara itu Amirudin berkata pagi tadi beliau telah diterima menghadap Sultan Sharafuddin bagi tujuan memohon perkenan baginda supaya DUN Selangor yang ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini.

“Pada pukul 10 pagi tadi, Sultan Selangor telah memberi perkenan dan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor ke-14 yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 23 Jun ini selaras dengan Peruntukan dalam Fasal (2) Perkara LXX, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.



“Ini akan membolehkan Speaker DUN Selangor memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dijangka pada Jumaat ini, dan kemudianya memberi ruang kepada PRN Selangor diadakan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan



Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker