Kerajaan Anwar boleh tumbang lepas PRN – Tuan Ibrahim
Kerajaan Anwar boleh tumbang lepas PRN – Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri tidak lama lagi mampu menggugat kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Katanya, PRN kali ini amat unik dan boleh menggugat kerajaan pusat jika Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi oleh PAS dan Bersatu mampu memperolehi kemenagan di lima daripada enam negeri.
“Jika kita dapat pertahankan Kelantan, Terengganu, Kedah dan tawan Selangor, Negeri Sembilan, insya-Allah kerajaan pusat akan tergugat dan tidak mustahil akan jatuh,” katanya yang dipetik portal Harakah Daily.
Tuan Ibrahim, berkata demikian semasa berucap pada Ijtimak Pilihan raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau dekat Temerloh, semalam.
Dia bagaimanapun tidak menyentuh mengenai Pulau Pinang dan menjelaskan bagaimana keputusan pilihan raya negeri akan memberi kesan kepada sokongan di Dewan Rakyat.
Keenam-enam negeri berkenaan dijangka mengadakan PRN serentak walaupun tarikh pembubaran DUN di negeri masing-masing mungkin berbeza.
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), mana kala Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Perikatan Nasional (PN).
Pada majlis itu, Tuan Ibrahim yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut mengingatkan para petugas PAS supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah.
“Tentera Islam akan mendapat pertolongan dari Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh.
“Kalau bukan kerana maksiat tersebut, maka tentera Islam tiada kekuatan yang lebih daripada pihak musuh,” katanya lagi.
Justeru, Tuan Ibrahim meminta ahli jentera pilihan raya parti itu supaya bekerja dengan ikhlas dan sabar ketika berkempen. Mk
Kerajaan Anwar boleh tumbang lepas PRN – Tuan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah
- Di mana songsangnya?
- Ebit Lew pertahan Mondy dari di fitnah netizen Malaysia
- Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
- Inspektor Sheila buat hal lagi, kini telah tangkap Polis [VIDEO]
- Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
- Doktor Yasmin, si duyung cantik
- Anak pukul mati ibu kerana tegur buat bising
- Dzuleira Abu Bakar letak jawatan
- Gosip kahwin AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu
- Anak bini balik kampung tahlil bapa, suami syok dengan perempuan lain di rumah
- Khairy pilih PKR atau BERSATU?
- Pegawai polis viral dikenakan tindakan tatatertib, jalani pemeriksaan mental
- Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat
Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan
You must be logged in to post a comment.