PRN Johor Bukan Makmal Politik

Oleh Megat Terawih

Banyaknya parti bertanding di satu tempat samada kerusi DUN atau Parlimen adalah perkara biasa. Malah kalau calon bebas bertanding pun adalah lumrah pilihanraya.

Biasanya calon bebas adalah dari individu yang kecewa tidak dapat menjadi calon di saat akhir. Partinya memilih orang lain dan dia rasa dianiaya maka membuat keputusan keluar parti dan bertanding secara solo atas tiket bebas.



Kalau calon bebas menang, ianya bukan suatu yang luar biasa baginya kerana pengalaman beliau menguruskan rakyat di kawasan tersebut sudah ada.

Contohnya mudah, Tan Sri Sharir Samad. Dari UMNO kepada Semangat 46 dan bertanding bebas. Beliau menang kerana rakyat tahu bagaimana corak beliau menguruskan kawasannya.

Lee Lam Thye juga sama. Bekas pemimpin DAP, bertanding bebas beberapa kali dan kekal menang kerana kualiti sebagai wakil rakyat sudah terbukti.

Trend terbaharu adalah parti yang baharu saja didaftarkan. Presiden dulunya dari parti lain (PPBM) yang juga adalah kumpulan kecewa kerana pertelingkahan dalaman lalu menubuhkan parti sendiri.



Dari situ beliau nampak peluang ‘boleh cari makan’ melalui politik dan akhirnya membuat keputusan meninggalkan parti serpihan dan mewujudkan parti baharu atas nama yang lain, MUDA.

Presiden MUDA, Syed Saddiq menang di pilihanraya umum ke 14 menggunakan tiket PPBM dan sekadar menumpang arus fitnah yang direka oleh pakatan harapan ketika itu. Kemenangan beliau bukannya kerana bukti berkhidmat cemerlang kepada rakyat. Arus fitnah yang kuat sehinggakan pengundi jadi buta dan tersilap pilih.

Kini di pilihanraya negeri Johor, MUDA menjadikannya sebagai makmal. Pengundi menjadi bahan ujikaji. Adakah dengan menggunakan label ‘muda’ maka pengundi golongan tersebut dan pengundi pertama kali akan memilih mereka.

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Untung jadi wakil rakyat, poket kenyang hidup senang dan urusan rakyat bukan menjadi fokus utama.



Syed pertaruhkan 7 calon di tujuh DUN. Kesemua calon MUDA tiada pengalaman menguruskan permasalahan rakyat. Bersandarkan pengalaman menghantar beras kepada rakyat terkesan kerana pandemik covid19 tidak sama menguruskan rakyat sepanjang masa. Isu rakyat bukan setakat menghantar beras.

Mereka beranggapan, menang dahulu dan masalah rakyat fikir kemudian. Sudah berapa banyak wakil rakyat yang menang atas dasar pengundi tersilap pilih dan akhirnya rakyat kawasan tersebut terpaksa menanggung derita selama 5 tahun. Segalanya payah kerana wakil yang mereka pilih hanyalah kaki enjoy dan kuat bersandiwara.

Pengundi juga tertipu apabila calon dari luar kawasan tiba-tiba menjadi calon bagi DUN tersebut. Apabila menang, bayang mereka hanya ada di luar kawasan. Rumah dan famili di KL dan bukannya di Johor.

Pilih yang boleh berkhidmat dan bukannya yang setiap hari bermain Tik Tok.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker