Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mempertahankan langkahnya “memeriksa” kediaman ketua pembangkang Hamzah Zainudin beberapa hari lalu.
LHDN berkata tindakan menggeledah kediaman pembayar cukai sememangnya kegiatan penguatkuasaan yang dilakukannya dalam kes siasatan cukai dan ia dilaksanakan tanpa menyasarkan mana-mana pihak.
“Tindakan (memeriksa kediaman) itu juga suatu bentuk perkhidmatan kepada rakyat yang menunaikan tanggungjawab cukai mereka dengan konsisten.
“Pemeriksaan tidak menyasarkan kumpulan tertentu, sebaliknya dilaksanakan kepada semua pembayar cukai yang disiasat berkaitan kes percukaian.
“Komitmen kami tetap sama, kami akan melaksanakan tugas kami mengikut perundangan percukaian yang berkuat kuasa,” kata LHDN seperti dilaporkan Berita Harian.
Baca Artikel Menarik:
- Sulaiman Taib fail saman terhadap Raghad
- Siapa suami Mizz Nina?
- Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka
CEO buat laporan polis diugut dengan pistol, ditampar Datuk Seri “Si Mafia Korporat”
“Penguatkuasaan dijalankan tanpa rasa takut dan pilih kasih. Malah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan LHDN perlu kekal bebas daripada sebarang pengaruh,” kata badan itu lagi.
Dalam pemeriksaan yang dibuat pada 14 Jun itu LHDN dilaporkan merampas beberapa fail, termasuk dokumen pemilikan aset Hamzah.
Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ketika ditemui media di Pulau Pinang berkata dia percaya tindakan LHDN itu bermotifkan politik kerana berpandangan tiada sebab untuk agensi berkenaan bertindak demikian.
Muhyiddin mendakwa tindakan itu dilakukan tanpa sebab dan ia tertumpu kepada Bersatu dan PAS.
“Seperti dalam kes saya juga, semuanya bermotifkan politik,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.
Bagaimanapun, Hamzah mempersoalkan istilah “serbu” yang digunakan dalam beberapa laporan berkenaan perkara itu.
“Serbu itu bagaimana maksudnya. Saya nak maklumkan sudah banyak fitnah dilakukan terhadap saya, saya tak mahu menjawab fitnah dan berita yang tersebar luas ini.
“Hari ini, saya dah ada maklumat contoh fitnah yang dibuat terhadap saya dulu saya dah bawa polis report. Tapi tak apalah kita pegang dulu sampai masa kita akan gunakan,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Mahathir, Daim, Nor perlu jawab isu aset UMNO RM100 bilion didakwa lesap
- Mahathir, Daim, Nor perlu jawab isu aset UMNO RM100 bilion didakwa lesap
- Dia tengok baju nurse lain kot – Baby Shima sindir Wan Razali
- Mahkamah tambah hukuman penjara, Abang sado koyak, menangis insaf
- Cat Walk seksi di Kota Bharu (Video)
- Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara
- MK K-Clique nikahi Siti Hajaar
- Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS
- SPRM mesti segera siasat Mahathir
- Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN
- Usaha Ebit Lew bantu gelandangan bertatu penuh drama terbongkar
- ‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)
You must be logged in to post a comment.