Anak ‘kebas’ RM1,500 wang ayah sedekah rakan sekolah

Tangkap layar sejumlah wang yang dijumpai seorang ayah di dalam beg sekolah anaknya.

Seorang bapa terkejut apabila mendapati wang simpanannya berjumlah RM1,500 yang hilang selama ini rupa-rupanya berada di dalam beg sekolah anak perempuannya.

Menerusi satu perkongsian klip video di Intagram hari ini, bapa tersebut terkejut apabila mendapati duit simpanannya itu diambil anak keduanya untuk disedekahkan kepada rakan sekolah yang susah.

Walaupun berang dengan tindakan anak perempuannya, lelaki tersebut tetap tenang dan hanya menasihatinya keran tindakan mengambil duit itu adalah salah dan berdosa.

“Patutlah abah cari duit ni tak ada, berapa orang dah bagi. Bagi duit ni sebab dia susah? Selamat Allah nak tunjuk hari ini. Punya lama abah cari duit ni.



“Susah abah nak dapatkan duit banyak ni, abah pun nak bayar banyak benda lagi. Jangan buat macam ni lagi,” tegur lelaki tersebut kepada anaknya.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut simpati dengan apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dan menyifatkan niat untuk membantu rakannya yang susah itu bagus namun menambil duit ayahnya adalah satu kesalahan.

“Masya-Allah betul la tu niat anak tu baik nak bantu kawan nak bersedekah tapi anak tu kena tanya dan minta izin terlebih dahulu pada Abah dia sebab tu duit Abah dia.

“Salah tu dia rembat saja duit Abah dia. Mujur Abah dia tak tinggi suara, boleh lagi ‘cool’ tenang saja Abah dia. Syukur la dia ada Abah lagi,” tulis Rias_indah27.



“Niat tu baik tapi cara yang tidak betul, apa-apa tanya abah dulu adik…kesian dekat abah penat cari duit,” kata Mohd Syahril.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker