Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik

Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi pemimpin politik.

Beliau berkata, dengan adanya naungan itu, pengendali judi haram dilindungi, sekali gus mempengaruhi tindakan pihak berkuasa memerangi jenayah berkenaan.

“Ya memang wujud elemen naungan politik ke atas pengendali judi dalam talian dan saya sahkan.

“Dari situ wujudnya perlindungan dan pengaruh, menyebabkan berlakunya korupsi dan sogokan yang menyebabkan nipis tekad politik untuk mengadakan dan membaharui tekad memerangi kegiatan secara habis-habisan.

“Pusingannya pemain perjudian yang dinaungi ini membalas ‘political master’ ini, ‘polical master’ membalas dengan melindungi tindakan ini dan tidak di ambil tindakan dan maklumat dibocorkan… polis faham sungguh corak ini .

“Sebab itu, saya imbas Yang Berhormat Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada sebut elemen ini, kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan tetapi tiada maklumat yang kolaboratif,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) yang ingin mengetahui jika benar wujud naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian haram. BH

Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker