China mulakan pembangunan rangkaian 6G
China mulakan pembangunan rangkaian 6G
China sedang membangunkan teknologi 6G ketika negara lain masih tidak bersedia sepenuhnya menerima teknologi 5G.
Memetik laporan daripada Quartz, Kementerian Sains dan Teknologi China ketika ini telah membentuk dua pasukan bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 6G.
Ini menandakan permulaan rasmi usaha yang disokong kerajaan China untuk mempercepatkan pembangunan teknologi itu.
“Satu pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan yang akan bertanggungjawab meneruskan pelaksanaan teknologi 6G, terdiri daripada 37 pakar universiti, institusi sains dan syarikat, yang akan memberikan nasihat teknikal untuk keputusan utama kerajaan mengenai 6G.
“Telekomunikasi China melancarkan rancangan 5G komersial mereka pada bulan ini, dengan pilihan termurah berharga kurang dari AS$20,” katanya kementerian itu dipetik sebagai berkata.
Menurut kementerian berkenaan, China juga merancang untuk mengaktifkan lebih 130,000 stesen pangkalan 5G menjelang akhir tahun dan membina salah satu rangkaian 5G terbesar di dunia di mana pencapaian yang diutamakan oleh kerajaan.
Korea Selatan melancarkan perkhidmatan itu pada April, berada di barisan hadapan dalam membangunkan 5G manakala Amerika Syarikat (AS) pula sedang mengikuti rapat perkembangan itu.
“Pengguna mungkin melihat kelajuan yang lebih pantas pada fasa awal, tetapi ia akan mengambil masa sedekad untuk melihat perubahan yang lebih dramatik,” katanya.
Naib Menteri Kementerian Sains, Wang Xi, berkata China tekad untuk meletakkan asas untuk membangunkan 6G.
“Teknologi itu harus dianggap sebagai keutamaan kepada pembangunan negara ini.
“Kementerian akan mula merangka pelan hala tuju untuk membangunkan 6G, serta meneroka kemungkinan aplikasi teknologi itu,” katanya.
Beliau berkata, dengan mengumumkan pembangunan teknologi 6G secara rasmi, China akan menyebabkan lebih banyak kebimbangan dalam komuniti keselamatan negara AS terhadap keupayaan teknologi China.
“Walaupun kementerian tidak menamakan mana-mana syarikat yang terbabit dengan pembangunan 6G, namun ia akan menjadi tekanan kepada syarikat yang tersenarai,” katanya. BH
China mulakan pembangunan rangkaian 6G
Baca Artikel Menarik:
- Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
- Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya
- Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu
- Buat kerja tuhan punca sidang Dewan Rakyat kecoh
- Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara
- Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?
- Komen Puteri Sarah selepas diceraikan Syamsul
- Annuar usah berlagak jadi juara
- Tiga panglima Umno Johor bakal sertai PN
- Badul nikah artis muda?
- Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu
- Georgina dapat RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah dengan Ronaldo
- Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik
You must be logged in to post a comment.