Ngeh jadi bahan kecaman gara-gara isu kebebasan beragama

Ngeh jadi bahan kecaman gara-gara isu kebebasan beragama

Pandangan seorang ahli parlimen DAP mengenai takrif kebebasan beragama di negara ini menjadi perhatian ramai ketika suhu politik semakin panas menjelang hadirnya tarikh pilihan raya negeri (PRN).

Pun begitu pandangan tersebut sebenarnya disuarakan Ngeh Koo Ham – dan dilaporkan media – hampir 10 tahun lalu.



Pada 2014 akhbar melaporkan Ngeh menggesa orang Islam untuk menghormati hak kebebasan agama yang dinyatakan Perlembagaan Persekutuan.

Kata Ngeh orang bukan Islam menerima hakikat bahawa ada undang-undang digubal untuk menyekat sesuatu agama disebarkan kepada penganut Islam.

Pada masa sama dia berpendapat Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang rakyat negara ini memiliki hak memilih agama jika dia berusia lebih daripada 18 tahun.

“Akan tetapi saya berharap juga orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan, dan kalau seseorang itu memang nak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun.



“Kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini,” katanya.

Berdasarkan hansard parlimen Ahli Parlimen Beruas itu berkata demikian pada 11 Jun 2014.

Utusan Malaysia kemudian melaporkan kenyataan Ngeh ketika itu dengan tajuk berita “Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad.”

Soalan dijawab menteri



Kira-kira sembilan tahun kemudian PN menggunakan kenyataan dan laporan berkenaan untuk menyerang Ngeh di media sosial.

Semakan Malaysiakini mendapati ia juga pernah dijadikan bahan dalam kempen PRU ke-15 pada tahun lalu.

Isu tersebut kembali mendapat perhatian apabila parlimen menerbitkan senarai jawaban lisan kepada soalan bertarikh 8 Jun. Antara soalan yang ditanya – dan dijawab kerajaan – ialah daripada Ngeh.

Dia bertanya sama ada perkahwinan di luar negara membabitkan orang Islam Malaysia dengan pasangan yang bukan Islam boleh diiktiraf atau tidak.



Akaun media sosial yang dikaitkan dengan PN – terutamanya di Tiktok, menggunakan kenyataan pada 2014 dan soalan di parlimen minggu lalu untuk menggambarkan Ngeh dan DAP sebagai memusuhi Islam.

Sebagai reaksi ada pihak yang menggesa supaya pengundi Melayu-Islam menolak DAP, PH dan sekutunya semasa PRN dilangsungkan di enam negeri tidak lama lagi.

Antara tokoh awam yang turut bersuara ialah bekas pemimpin Umno-BN yang kini menjadi ahli PAS, Annuar Musa.

“Matlamat dan pemikiran sama… Cara mungkin kini berbeza,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.



Bekas menteri itu turut berkongsi tangkap layar laporan berita mengenai Ngeh pada 2014 artikel dari keratan akhbar tersebut yang digabungkan dengan soalan lisan Ngeh minggu lalu.

Annuar turut mengakui ia adalah imej yang di salin dari akaun orang lain.

Sebagai respons, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil semalam bertanya mengapa bekas ahli parlimen Ketereh itu tidak memuat naik jawapan kerajaan terhadap soalan Ngeh itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memberitahu perlahwinan di antara orang Islam dan bukan Islam tanpa melibatkan penukaran agama ke Islam memang tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara ini.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam turut memberikan respons kepada serangan terhadap Ngeh.

Dalam satu rakaman video pada Ahad lalu, Lokman berkata meskipun Ngeh mempunyai hak untuk mengemukakan soalan, dia tidak sepatutnya bertanya kepada isu yang dia sudah tahu jawapannya.

“Dia ada banyak penyelidik yang boleh berikan jawapan, tapi kenapa dia pilih untuk bangkitkan isu ini yang sangat sensitif kepada orang Islam sekarang apabila kita akan berdepan dengan PRN di enam negeri?

“Walaupun adalah hak Ngeh untuk bertanya soalan, (tapi) jangan biarkan orang seperti Annuar korek semula kenyataan lama (berkenaan murtad), di mana ia tidak berkaitan dengan isu ini (perkahwinan), dan jadikan modal untuk terus mencemarkan imej DAP, terutamanya di kalangan orang Islam,” katanya.

Lokman kemudian menasihati DAP supaya lebih berhati-hati, dan tidak membuka ruang untuk PN menyerang mereka lagi. Mk

Ngeh jadi bahan kecaman gara-gara isu kebebasan beragama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker